Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi rasa sayunya tentang tragedi kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat pagi tadi.

Rizalman telah memuat naik dua posting di akaun media sosial Instagramnya kira-kira pukul 8 pagi dan 2 petang hari ini.

Menerusi entri pertamanya, Rizalman telah memuat naik foto tahfiz tersebut dan memberitahu di situlah tempat anaknya, Umar Nail sebelum melanjutkan pelajaran ke tempat lain.

Rizalman turut mengucapkan takziah kepada seluruh kaum keluarga anak-anak tahfiz yang terlibat.

Inilah madrasah tahfiz anak saya Umar Nail ketika sebelum melanjutkan pelajaran beliau di STIAS.. banyak nyawa terkorban akibat kebakaran subuh pagi tadi.. semoga semua roh yang terkorban ditempatkan Allah SWT pada kedudukan yang setinggi tingginya di sisiNYA. Pada semua ibubapa serta kaum keluarga saya ucapkan takziah. Cukup terharu kerana anak2 inilah yang selalu saya jumpa ketika menjemput mereka ketika adanya majlis berlangsung.

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on


Posting kedua pereka fesyen yang juga pakar hiasan dalaman ini lebih emosi apabila beliau memberitahu terkesan dengan tragedi menimpa penghuni Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Tambahan lagi katanya, ada di antara anak-anak tahfiz sudah menjadi sahabat Umar Nail dan bergelar anak-anak angkatnya.

Anak-anak itu jugalah yang sentiasa memenuhi undangan beliau ketika meraikan apa-apa majlis tidak kira di pejabat atau rumah termasuk sambutan ulangtahun kelahirannya tahun lepas.

“Kekayaan doa-doa mereka yang mereka sampaikan pada Allah pada saya dan keluarga, ketulusan hati mereka, wajah-wajah suci mereka, pengorbanan zaman remaja menuntut ilmu Allah melalui Al Quran, perasaan hormat mereka ketika mencium tangan saya setiap kali berjumpa dan berpisah terasa dingin syurganya.

“Kepada ustaz @yusufdqi yang telah berkorban menjaga kebajikan anak-anak ini hingga ke akhir hayat beliau, saya hanya mampu berdoa. Kepada ibu bapa anak-anak ini, Allah telah memilih anda sebagai tetamunya di syurga bermula dari sekarang kerana anda adalah yg terpilih mempunyai jiwa yang kental untuk melalui dugaan ini,” tulisnya.

Saya merasa amat2 terkesan akibat kejadian ini kerana ada di antara mereka telah menjadi sahabat Umar Nail, saya sendiri dan telahpun bergelar anak2 'angkat' saya selama ini kerana selalu sudi memenuhi undangan saya baik di rumah atau di pejabat ketika meraikan apa2 majlis termasuklah majlis sambutan hari jadi saya pada tahun lepas. Kekayaan doa2 mereka yang mereka sampaikan pada Allah pada saya dan keluarga, ketulusan hati mereka, wajah2 suci mereka, pengorbanan zaman remaja menuntut ilmu Allah melalui Al Quran, perasaan hormat mereka ketika mencium tangan saya setiap kali berjumpa dan berpisah terasa dingin syurganya. Pada ustaz @yusufdqi yang telah berkorban menjaga kebajikan anak2 ini hingga ke akhir hayat beliau saya hanya mampu berdoa. Pada ibu bapa anak2 ini, Allah telah memilih anda sebagai tetamunya di syurga bermula dari sekarang kerana anda adalah yg terpilih mempunyai jiwa yang kental untuk melalui dugaan ini. Saya masih ingat memberi ucapan pada malam majlis harijadi ini dan saya tujukan khas pada anak2 ini yang berbunyi.. ' keindahan malam ini dengan rangkaian tetamu yang hadir berpakaian serba putih sebegini seolah2 seperti kita semua berada di dalam syurga Allah dan begitulah kehendaknya jika di izinkan...' Sempat saya berpelukan dengan pengetuanya tadi.. beliau berbisik..'maafkan saya.. ' airmata kami berjuraian. Sanggup saya bina rumah baru kami di kawasan berdekatan madrasah ini supaya anak2 kecil ini boleh bertandang dan bermandi manda di kolam renang di rumah ini nanti.. ternyata Allah telah menyediakan bukan kolam malah kali syurga yang mengalir lebih tenang dan indah buat mereka terlebih dahulu. Bernaunglah kalian pada naungan Arash yang akan merupakan tempat yang disediakan. Buat Umar anakanda ku, lihatlah kebesaran Allah dan fahami lah apa itu qada dan qadar. Babah masih bisa memiliki mu dan kita semua adalah pinjaman dariNya

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

Foto: Instagram @rizalman71