Gaya hidup mewah Britney Spears dihabiskan untuk pelbagai perkara termasuklah menata rias kuku tangan (manicure) dan kakinya (pedicure).

Menerusi pendedahan E!News, penyanyi yang popular dengan lagu Lucky itu tela menghabiskan lebih AS$122,000 (RM503,040) tahun lalu semata-mata untuk membayar upah mengurut dan menatarias kuku.

Manakala, untuk rambut dan solekannya, Britney telah berbelanja lebih AS$25,000 (RM104,800) dan AS$69,000 (RM289,248) untuk membeli pakaian baharu.

Bukan hanya dirinya sahaja, Britney turut berhabis AS$28,000 (RM117,376) untuk keselesaan haiwan peliharaannya.

Jika dibandingkan dengan tahun terdahulu, Britney telah membelanjakan lebih AS$38,000 (RM159,296) untuk haiwan peliharaannya.

Mengikut fakta, jumlah pendapatan Britney untuk tahun 2016 sahaja mencecah AS$10.9 juta (RM456.9 juta) setahun. Maka, tidak hairanlah penyanyi itu sanggup berbelanja besar untuk hal yang remeh.



Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: E!Online