Bintang Super Spontan Superstar (SSS) 2017, Ozlynn, berjanji tidak akan mengundi keluar nama sendiri seperti yang dilakukannya pada musim lalu.

Ozlynn berkata, dia mengaku berbuat demikian pada episod pertama SSS 2016 kerana mahu menyelamatkan rakan-rakannya yang lain.

Bagaimanapun perkara tersebut diketahui penerbit SSS, Afdlin Shauki dan telah dimarahi.

“Afdlin betul-betul marah dengan saya waktu itu. Saya ingat lagi, Adlin tegur saya supaya bermain dengan profesional.

“Saya pula, sebagai ‘pemain’ baru hanya fikir tidak sampai hati nak ‘tikam belakang’ kawan-kawan, yang jelas-jelas bertentangan dengan permainan SSS.

“Jadi tahun ini, saya berjanji tidak akan buat lagi macam tu sebab, takut Afdlin mengamuk pula,” katanya ketawa.

Tambah Ozlynn, penyertaannya dalam SSS kali ini lebih kepada mencabar diri sendiri.

#TenggilingTaiko memang kena la dance diorang ni dlm #MuzikVideoSpontan laka-laka la!

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on


“Sejujurnya saya tidak mahu menyertai SSS 2017, tetapi Afdlin yang membuatkan saya terbuka hati untuk bersama sahabat-sahabat di sini.

“Afdlin tanya kenapa tidak mahu masuk? Bukan semua pelakon wanita berani menyertai SSS. Saya beritahu kepada suami (Johan), dan dia turut memberi galakan.

“Johan menasihati saya supaya jadi diri sendiri dan ‘enjoy’ di gelanggang SSS 2017. Walaupun ia pertandingan, jangan beri tekanan kepada diri sendiri.

“Kata Johan lagi, apa salahnya masuk SSS 2017 sebab secara tak langsung ia membantu mengasah skill saya dalam bidang berlainan daripada forte saya. Saya pelakon, bukan pelawak jadi SSS ini sebenarnya membantu menggerakkan otak kita supaya cepat berfikir, bergerak dan pantas dalam segala hal,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ozlynn baru sahaja memenangi tempat ketiga dalam Super Spontan Upsize di Singapura.

Saksikan Ozlynn bersama kumpulan Tenggiling Taiko yang diketuai Achey menentang King Musang diterajui Shuib Sepahtu dalam Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, bermula 8 September 2017, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Jom layan #InstaLive di @zonlawak kalau nk tgk apa peserta #SuperSpontanSuperstar 2017 buat sekarang

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on