Model dan personaliti TV, Kylie Jenner mendedahkan alasan kenapa dia menyuntik bibirnya agar nampak lebih tebal.

Menurut laporan Daily Mail, Kylie, mengakui dia berasa malu dan mempunyai kurang keyakinan diri apabila bentuk bibirnya terlalu tipis.

"Ketika berusia 15 tahun, saya tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi akibat bentuk bibir tipis.

"Bentuk bibir saya juga pernah dikritik oleh kekasih kerana bentuknya tidak menarik dan perkara itu membuatkan saya sangat kecewa.

"Akibat daripada itu saya mengambil keputusan untuk menyuntik bibir agar nampak lebih menawan dan mengembalikan semula keyakinan diri.

"Saya sangat inginkan bibir yang lebih besar. Itulah kenapa saya menyuntiknya," katanya.

Tambah Kylie, dia berpuas hati dengan bentuk bibirnya sekarang dan tidak menyesal melakukan suntikan itu supaya kelihatan lebih cantik.

Sumber: Daily Mail