Pelawak dan pelakon Fikry Ibrahim mengakui gementar bersaing dalam Super Spontan Superstar 2017 (SSS2017).

"Selepas tamatnya program Lawak Solo tahun lalu, saya terus menerima tawaran untuk menjadi pelakon dan pengacara.

"Alhamdulillah, saya banyak memenuhi tawaran lakonan serta mengacarakan program Gema Gegar Vaganza. Tak sangka rezeki saya di bidang tersebut. Kini, saya kembali ke bidang yang memperkenalkan saya dalam dunia hiburan iaitu bidang komedi.

"Saya gementar untuk bersaing dalam SSS2017, rasa macam berkarat pun ada sebab dah lama tak melawak di hadapan orang ramai.

"Namun begitu, saya ketepikan rasa tersebut dan cuba memberi yang terbaik dalam setiap permainan demi peminat," kata Fikry kepada Astro Gempak.

Tambah Fikry, dia rasa sangat kecil apabila bergandingan dengan pelawak-pelawak senior yang mempunyai banyak pengalaman.

"Rasa sangat kerdil bergandingan dengan mereka. Semuanya saya anggap sebagai otai dalam bidang lawak.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Mereka sangat membantu dan memberikan sokongan kepada saya," katanya lagi.

Saksikan Super Spontan Superstar 2017 yang bersiaran secara langsung di Dewan Percubaan UPM, Serdang, bermula 8 September 2017, setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Warna HD (saluran 124).

Program ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Teks oleh: Kamaruddin Razal