Pertama sekali, tahniah kepada 12 bintang yang berjaya mara konsert AF Megastar seterusnya bermula Ahad depan. Berdebar-debar Miss K depan TV semalam tau!

Teruja Miss K melihat persembahan bintang-bintang AF Megastar! Baik pada konsert homecoming pertama mahupun yang kedua, korang semua memang betul-betul MEGA!

Tetapi Miss K lebih teruja melihat foto romantis bintang AF Megastar, Indah Ruhaila bersama kekasih hatinya, dikenali sebagai Shariff Taufik.

Eh! Tapi betul ke kekasih? Miss K agak...Shariff ini kekasih Indah kerana dia memanggil penyanyi bervokal hebat itu dengan gelaran sayang.

Kalau tak ada sebarang hubungan istimewa, tak mungkin Shariff berani-berani nak panggil Indah sayang! Ye tak?

Yang sebenarnya, Miss K bukanlah kaki stalk akaun media sosial orang lain. Miss K dapat kiriman foto pun daripada seseorang yang mengaku dia peminat Indah.

Kata peminat tersebut, dia tersentuh apabila melihat Shariff memuat naik fotonya bersama Indah di akaun Instagramnya.

Cara Shariff ucap tahniah dengan memangggil Indah sayang, membuatkan dia rasa lelaki tersebut seorang lelaki yang sweet dan gentleman!

Yess! Miss K setuju, memang sweet! Bertuah Indah dapat teman lelaki seperti Shariff yang sentiasa memberikan semangat kepadanya.

Miss K suka tengok foto Shariff dan Indah sebab Miss dapat rasakan pasangan ini memang betul-betul sedang dilamun cinta!

Baguslah jika hubungan mereka berdua serius kerana kedua-dua mereka pun masih single! Jangan lupa jemput Miss K makan nasi minyak nanti ya!

Miss K: Tak sabar nak tengok 12 bintang AF Megastar berentap minggu depan! Khabarnya lagu yang mereka dapat pun dasyat-dasyat semuanya!