Setelah berentap pada Konsert AF Megastar Homecoming, akhirnya 12 daripada 24 bintang mara ke konsert seterusnya bermula minggu hadapan.

12 bintang tersebut adalah Syamel, Indah, Idayu, Bob, Marsha, Amir Jahari, Adira, Shahir, Amir, Sufi, Azhar dan Ewal.

Keputusan penuh itu diumumkan oleh pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi pada penghujung konsert yang berlangsung di Royal Theater Shah Alam, pada malam Ahad.

Keputusan diadili sepenuhnya oleh dua orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta juri jemputan, Ziana Zain.
AF Megastar bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam.

AF Megastar juga boleh ditonton secara langsung di laman http://www.afmegastar.com.my/

Jika mahu menonton koleksi konsert akhir Akademi Fantasia dari musim pertama hingga ke AF2013, boleh ke Astro On Demand (OD) dengan melayari www.watchod.com