Pengarah filem Jagat iaitu Shanjhey Kumar Puramal mengakui kemenangan filem itu dalam kategori Filem Terbaik Malaysia di Festival Filem Malaysia (FFM28), membuktikan penerimaan orang ramai terhadap filem berbahasa tamil.

Shanjhey berkata, kemenangan itu membuktikan bahawa rakyat malaysia sudah boleh untuk menerima filem berbahasa tamil dan mengganggap ia sebagai filem Malaysia.

"Pada mulanya filem ini dilihat sebagai filem tamil sahaja oleh semua pihak namun kami mempunyai harapan yang tinggi dan melihat ia sebagai filem malaysia.

"Walaupun kita berbeza bahasa dan agama namun emosi semua orang tetap sama sebagai manusia yang mempunyai perasaan," katanya kepada Astro Gempak.

Shanjhey berkata demikian ketika ditemui pada majlis pra tonton filem jagat yang akan disiarkan di Astro Best.

Kata Shanjhey, penyiaran di Astro merupakan medium terbaik untuk filem Jagat kerana ini memberi peluang kepada orang ramai untuk menonton filem tersebut.

"Saya rasa ia merupakan medium terbaik untuk orang menonton filem jagat kerana sebelum ini ramai orang bertanyakan kepada saya bagaimana untuk menonton semula filem ini.

"Jadi mereka sekarang boleh menontonnya di Astro Best kerana kami tidak mengeluarkan dvd untuk di jual.

"Kerana kami tunggu untuk menyiarkan filem ini melalui satu platfom yang senang untuk di sampai kepada semua orang," katanya.

Malah bercerita mengenai kejayaan di FFM28, dia berkata, kemenangan tersebut membakar semangat kepada dia dan kumpulannya untuk terus menghasilkan filem-filem berkualiti pada masa akan datang.

Filem ini akan disiarkan melalui Astro Best saluran 481 mulai 22 Oktober ini.


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi