Sepotong video berdurasi satu minit yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan comel yang petah bercakap menjadi tular di laman sosial.

Kanak-kanak yang dikenali dengan nama Alayna ini kelihatan begitu bijak dan yakin menyampaikan 'ceramah' dan video tersebut dikongsi oleh laman Facebook Sinar FM dan laman Instagram pelawak Jep Sepahtu.

Menerusi video tersebut, Alayna yang berasal dari Singapura menceritakan bahawa doa dan solat merupakan perkara yang mampu membuatkan seseorang rasa gembira.

"MashaAllah, bijaknya anak ni. Cara cakap dia confident sangat. Bertuah ibu dia. #SinarKongsi," tulis laman Facebook Sinar FM.

Video tersebut mendapat perhatian ramai pihak dan telah mendapat hampir 2,500 perkongsian.

Sementara itu, ibu kepada Alayna yang menggunakan akaun Facebook bernama Wahyudi Shairah Wsaa tidak menjangkakan anaknya akan menjadi viral di laman sosial.


Teks oleh: Kamaruddin Razal

Ya Allah.. Anak siapa ni?? ????

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on