Kad jemputan perkahwinan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella dan bekas suami Erra Fazira, Engku Emran tersebar di media sosial.

Kad jemputan tersebut menunjukkan pasangan berkenaan bakal melangsungkan pernikahan mereka hari ini, 8 September 2017.

Menerusi kad tersebut, pernikahan Bella dan Engku Emran dijangkakan bermula pada jam 6.30 petang hingga 9.30 malam.

Bagaimanapun, lokasinya pula hanya tertera Kuala Lumpur.

Terdahulu, pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan 2 telah mengadakan majlis doa selamat sempena perkahwinannya di Indonesia.

Astro Gempak mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan mendoakan perkahwinan mereka kekal bahagia selamanya.

Berikut merupakan kad kahwin mereka:



Foto: Instagram @hilda_wahida