Penaja program realiti Akademi Fantasia Megastar, Datuk Aliff Syukri telah memuat naik video menyanyi bersama usahawan popular, Nur Sajat di akaun media sosial Instagram (IG)nya.

Menerusi entri tersebut, Aliff dan Nur Sajat berduet menyanyikan lagu popular penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berjudul Percayalah.

Seperti biasa, setiap kali Aliff memuat naik foto atau video di IG pasti menjadi perhatian ramai netizen sehingga mendapat lebih 600 komen dan ditonton lebih 200 ribu kali.

Agak menghiburkan, kerana Aliff turut meminta orang ramai mengundi (AFUNDI) nyanyian siapa yang lebih merdu, dia atau Nur Sajat.

Sila afundi.. siapa lagi merdu? Saya atau @nursajat02 tag rakan korang utk vote kami? . . . Dherbs terlajak laris penaja af mega star...himpunan bintang2 terkenal af dr musim pertama hingga seterusnya....

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Malam Ahad ini, 12 lagi bekas pelajar bakal berentap untuk merebut tempat sebagai bintang AF Megastar di konsert Homecoming.

Mungkin bakal ada kejutan yang berlaku? Siapa dan berapa ramai bintang yang layak ke konsert ketiga nanti? Sama-sama kita saksikan AF Megastar Ahad ini, bermula jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Persembahan peserta akan diadili oleh dua juri profesional iaitu pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan penyanyi yang juga guru vokal, Syafinaz Selamat bersama seorang juri jemputan yang diundang pada setiap minggu persembahan.

Bagi konsert prelude, pemarkahan adalah daripada juri profesional sepenuhnya, manakala pada konsert mingguan, sebanyak 60 peratus markah finalis adalah daripada juri profesional, manakala 40 peratus lagi hasil undian SMS dan secara online.

Tiada tenaga pengajar disediakan penganjur bagi program istimewa ini memandangkan semua peserta sudah bergelar penyanyi profesional.