Penyanyi Akim Ahmad mengakui lebih selesa untuk bergerak dengan band, Akim & The Majistret berbanding menyanyi secara solo.

Menurut Akim, dia lebih yakin untuk mengadakan persembahan bersama band kerana semangat yang diberikan oleh mereka sangat luar biasa.

"Selepas tertubuhnya kumpulan Akim & The Majistret, saya kini lebih selesa untuk bersama mereka.

"Saya pernah bergerak secara solo pada awal kemunculan dulu, namun saya perlukan mereka ini untuk membantu menghidupkan lagi persembahan yang dilakukan.

"Bila saya bersama mereka semangat yang diberikan adalah luar biasa berbanding saya menyanyi secara solo.

"Bagi saya menyanyi secara solo atau berkumpulan adalah sama saja kerana apa yang penting karya yang dihasilkan itu dapat disampaikan kepada pendengar," katanya kepada Astro Gempak.

Akim berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman top 10 penyampai radio iM4U, di iM4U Sentral, Puchong, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi