Penyanyi rap Caprice hari ini menjelaskan tentang salah faham yang berlaku di antara dia dan Datuk Aliff Syukri.

Menurut Caprice, tujuan dia merakam video tersebut adalah untuk mengucapkan tahniah kepada pengasas produk tersebut yang telah mengambil anak angkat baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi 58 saat yang dimuat naik di akaun Instagramnya semalam, Caprice memuji tindakan Aliff dan Nursajat yang turut mengambil anak angkat.

Caprice juga menyatakan rasa kagum dengan tindakan mereka kedua-dua usahawan tersebut dan menganggap ia sebagai perkara yang mulia.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen di Instagram, rata-rata pengikut penyanyi rap tersebut beranggapan Aliff hanya salah faham dengan mesej disampaikan Caprice.

Terdahulu, menerusi video berkenaan Caprice memberitahu dia kurang bersetuju dengan tindakan seorang individu bernama Pian Kpop yang mempersendakan wajah anak angkat Nur Sajat dan menyifatkan tindakan tersebut tidak kelakar serta biadap.