Bintang AF Megastar, Amylea akui pernah tertekan hinggga mengalirkan air mata saat melalui fasa kejatuhan dalam industri seni tanah air.

Bagaimanapun, Amylea menerusi satu temu bual bersama AF Close Up berkata dia tidak pernah putus asa dan masih lagi meneruskan karier nyanyianya.

"Sampai satu masa itu, saya terfikir apa lah salah saya sehingga saya susah untuk diterima dalam industri ini.

"Saya pernah menangis dan kecewa dengan apa yang berlaku, malah perasaan saya ketika itu agak tidak stabil.

"Namun saya bangkit kembali dan tidak pernah putus asa untuk terus mencari rezeki dalam bidang ini.

"Saya hanya mahu menyara hidup saya dan keluarga tanpa meminta wang daripada orang lain.


"Bagi saya setiap orang akan mengalami jatuh dan bangun 'ups and down' dalam kerjaya mereka, bukan sahaja penyanyi malah apa sahaja pekerjaan pun," katanya.

Menerusi temu bual AF Close Up tersebut Amyela turut menceritakan bagaiman dia bersusah payah untuk menempa nama dalam indusri.

Jom ikuti temu bual penuh Amylea dalam video penuh AF Close Up:



Jom ikuti temu bual penuh Amylea dalam video penuh AF Close Up: