Konsert minggu kedua GegarVaganza 3 (GV 3) yang bakal berlangsung pada Ahad ini akan menampilkan tema Memori Berkasih.

Di akhir konsert pertama GV 3 menerusi segmen Ada Lagu Ada Lagi, hos GV 3, Jihan Muse dan Nabil Ahmad telah mengumumkan tiadanya penyingkiran pada minggu pertama.

Lagu tugasan untuk konsert kedua juga telah diberikan kepada 12 peserta GV3.

Melihatkan kepada senarai lagu dengan tema konsert kedua, semuanya bakal menggamit memori lama sewaktu bercinta dahulu.

Astro Gempak senaraikan lagu tugasan untuk minggu kedua:

Siti Sarah - Teratai Layu Di Tasik Madu

Lagu nyanyian asal Fauziah Latiff ini bakal menggamit memori malar segar tahun 1990-an. Lagu ini juga pernah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-8 yang berlangsung pada tahun 1993.

Azharina - Sinaran

Setelah menyampaikan lagu balada untuk konsert pertama, penonton akan menyaksikan sisi lain Azharina menyampaikan lagu rancak berjudul Sinaran dendangan asal Datuk Sheila Majid.

Zarul Umbrella - Untuk Selamanya

Lagu nyanyian asal kumpulan Visa ini mengembalikan memori sewaktu bercinta. Biarpun Zarul lebih menggemari lagu Visa yang berjudul Dalam Gerimis, dia tetap akan membawakan lagu ini dengan bersungguh-sungguh.

Nora - Setelah Aku Kau Miliki

Lagu balada bernada tinggi memang makanan Nora. Pastinya ramai penonton yang tidak sabar menantikan rendisi tersendiri Nora menerusi lagu nyanyian asa Shima ini.

Rem - Suratan atau Kebetulan

Setelah berdansa menerusi lagu Semua Orang Tahu di minggu pertama, pastinya peminat GV 3 tidak sabar menantikan Rem menyanyikan lagu dendangan asal Keny, Remy & Martin ini.

Shidi Data - Meneka Dalam Kesamaran

Setelah cemerlang menyampaikan lagu sendiri di minggu pertama, Shidi menggalas cabaran untuk menyampaikan lagu balada nyanyian asal Ibnor Riza ini di minggu kedua GV3.

Intan Sarafina - Pudar

Ramai yang tidak sabar untuk menantikan rendisi Intan menerusi lagu dendangan asal Datuk Rossa ini. Pastinya penonton mahu melihat aksi ‘cheeky’ dan keletah manja Intan menyanyikan lagu rancak ini.

Zur Eda - Berpaut Di Dahan Cinta

Zur Eda bakal mempersembahkan lagu rakan seangkatannya, Dayangku Intan di konsert kedua GV 3. Pastinya semua tidak sabar menantikan aksi bertenaga Zur Eda.

Elly Mazlein - Berpisah Jua

Lagu bernada tinggi nyanyian asal Ziana Zain ini akan menggamit kenangan di zaman filem Maria Mariana 2 sekitar tahun 1998. Elly pastinya bakal membawakan lagu ini dengan penuh emosi setelah cemerlang menyampaikan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan.

Gmie Screen - Januari

Dikenali sebagai vokalis kumpulan yang sering menyanyikan lagu-lagu jiwang dan rock kapak, Gmie diberi cabaran untuk menyampaikan lagu berentak Pop R&B, Januari nyanyian asal penyanyi terkenal Indonesia, Glenn Fredly.

Ameng Spring - Epilog Cinta dari Bromley

Bakal mempersembahkan lagu nyanyian asal Suhaimi Meor Hassan, pastinya nyanyian Ameng bakal menggamit memori malar segar waktu bercinta.

Razis Ismail - Bunga Pujaan

Penyanyi paling senior dalam GV 3 ini bakal mengembalikan memori lama mendendangkan lagu yang pernah dinyanyikan oleh Datuk Jamal Abdillah dan Eddy Silitonga.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Tetapi apakata sebelum siaran langsung bermula, dapatkan KFC Bargain Feast untuk dinikmati seisi keluarga!

Istimewanya KFC Bargain Feast, ianya berbaloi dan boleh dimakan di mana-mana sahaja, bila bila masa.

Nikmati kemeriahan KFC Bargain Feast bersama GV 3 di rumah atau sebelum ke auditorium pada hari Ahad, 23 Oktober ini ya!

Teks oleh: Kamaruddin Razal