Kemesraan yang terjalin di antara penyampai radio Zulin Aziz dan pelakon Ahya Rosli bukan lagi rahsia, tetapi kedua-dua mereka lebih selesa mengaku sebagai teman rapat.

Semalam, Zulin telah memuat naik fotonya bersama Ahya dan telah mendapat hampir 12,600 ribu ‘likes’ dengan 61 komen.

Foto mesra mereka turut mengundang ibu kepada Ahya, iaitu Normah Damanhuri yang turut meninggalkan komen pada entri tersebut.

A smile is the light in your window that tells others that there is a caring, sharing person inside.

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on


Rata-rata komen menyokong sekiranya dua sahabat ini menjalin hubungan cinta, seterusnya ke jenjang pelamin.

Ada juga pengikut yang mengusik nakal dengan memberi ucapan ‘Selamat Pengantin Baru’ kepada pasangan sama cantik, sama padan ini.

Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka berdua. kalau ada jodoh tidak ke mana.

Oh ya! Kepada anda semua yang rindu nak lihat aksi Zulin di kaca televisyen, jangan lupa tonton Super SpontanSuperstar 2017 bermula 8 September ini ya.

Super SpontanSuperstar 2017 bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Percubaan UPM, Serdang.

Gelanggang ‘Super SpontanSuperstar 2017’ bakal dibuka secara rasminya pada Jumaat ini dengan pertempuran lawak spontan daripada kumpulan ‘Tenggiling Taiko’ yang dianggotai oleh Achey, Rahim, Sharif Zero, Danial, Shahrol Shiro, Mamak Puteh, Sharifah Shahira dan Ozlynn bersama kumpulan ‘King Musang’ yang terdiri daripada Shuib, Syuk Joras, Atu Zero, Fikry, Fad Bocey, Kamal Adli, Amy Mastura dan Zulin.

Istimewanya pada minggu pertama, pertemuan kedua-dua kumpulan ini akan turut dihangatkan dengan kehadiran Datuk Zainal Abidin serta dua teraju filem Abang Long Fadil 2, Syamsul Yusof dan Wak Doyok.