Seramai 12 bintang Akademi Fantasia bakal berentap terlebih dahulu di Konsert AF Megastar Homecoming yang bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam malam ini.
Bintang-bintang tersebut adalah Zahid AF2, Ara AF2016, Bob AF2, Firman AF2014, Idayu AF3, Ewal AF2014, Amir Jahari AF9, Adam AF2, Mila AF3, Azhar AF2014, Marsha AF4 dan Sufi AF2015.
Mereka bakal menyanyikan sebuah lagu pilihan mereka.
Sementara 12 bintang yang lain bakal berentap pada konsert AF Megastar Homecoming pada minggu hadapan iaitu 9 September depan.
Konsert AF Megastar Homecoming pada minggu hadapan sekaligus bakal menentukan 12 bintang yang akan terpilih dan mara ke konsert AF Megastar seterusnya.
Semua keputusan bakal diadili oleh dua orang juri tetap dan seorang juri jemputan yang hanya akan diumumkan malam ini.
AF Megastar yang bakal dikemudi Dato' Aznil Hj Nawawi itu akan disiarkan secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), jam 9 malam, bermula 3 September ini.

Untuk mengikuti segala perkembangan bintang AF Megastar, sila ke AF Megastar
Teks oleh: Syafiqah Jalal