Penyanyi Indonesia, Rossa mendedahkan anaknya Rizky Langit Ramadan, 11, tidak mahu dia rujuk kembali dengan bekas suaminya, Yoyo.

Menurut Detik Hot, Rossa menafikan khabar angin yang mengatakan dia bakal kembali bersama pemain drum Padi itu.

"Rujuk? Tak lah! Tak mingkin saya akan rujuk kembali Yoyo.

"Malah saya sama sekali tidak pernah terfikir untuk ke arah itu.

"Lagipun, Rizky tak mahu saya kembali rujuk lagi dengan bapanya.

"Malah saya rasa Yoyo pun sudah menyedari hal itu.

"Tapi kita sebagai ibu bapa masih menjalin hubungan yang baik untuk menjalankan tanggungjawab bersama membesarkan anak kami," katanya kepada media di Indonesia.

Rossa dan Yoyo sudah bercerai sejak lapan tahun lalu.

Sumber: Detik Hot