Bimbang bayi dalam kandungan tidak bergerak, pelakon Lisa Surihani pernah mencuba petua minum air sejuk untuk melihat tindak balasnya.

Menerusi program Ebu Babypedia musim kedua episod 6, Lisa mencuba petua tersebut dan terbukti dia dapat merasai pergerakannya serta merta bayi keduanya, Yusof Leonne ketika dalam kandungan.

Pun begitu, terdapat beberapa cara lain yang lebih berkesan Lisa tunjukkan untuk ibu hamil merasai pergerakan bayi dalam kandungan.

Antaranya adalah bayi bergerak lebih kerap selepas ibu makan dan memberi tindak balas ketika mendengar bunyi dan disuluh lampu.

Selain itu, Lisa juga turut menunjukkan cara-cara senaman pilates yang selamat dan baik untuk ibu hamil.

Menariknya, pilates itu hanya boleh dilakukan di rumah dan menggunakan peralatan sedia ada di rumah seperti tuala dan botol air.

Banyak lagi tips dan panduan ibu hamil yang dikongsi oleh Lisa dan suaminya, Yusry bersama penampilan khas anaknya, Yahaira Leanne dalam epsiod 6 kali ini.

Jangan lupa saksikan Ebu Babypedia musim kedua pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).