Penyanyi Fynn Jamal meluahkan rasa terharunya apabila menerima kejutan sempena hari jadi daripada suami, Tri Hadzir semalam.

Menerusi akaun Instagram, Fynn memberitahu pada mulanya dia berasa sayu kerana suaminya berlagak seperti tidak mengingati hari lahirnya.

Namun dipenghujung hari lahirnya, suaminya meminta dia bersiap untuk quik getaway bersama anaknya, Arjuna.

Tanpa rasa ragu-ragu Fynn menurutkan sahaja suaminya sehingga dia akui terkejut apabila mendapati semua keluarga dan staf butiknya sudah berada di dalam sebuah villa ketika dia membuka pintu.

Fynn akui terharu dan rasa seperti amat dihargai oleh suaminya kerana menganggap kejutan itu sangat istimewa.

Berikut merupakan foto dan kaspyen yang ditulis:

genap jam 12 tgh mlm, tidak ada ucapan selamat lahir atau apa. telefon berdering yg aku kira dari suami yg masih khusyu' bekerja di tingkat atas ternyata panggilan dari mertua. riuh mereka bernyanyi sambil menghulur doa dan pesan penuh kebaikan. . "dia belum ucap lagi", aku adu dgn sayu. seminit selepas perbualan dgn mertua tamat, aku dgr dentum kaki berlari ke arah aku yg sdg berwudhu'. . "mama ingatkan, kan?" aku beri hati. "eh mana ada", sengih dia lalu berkata "jom solat sekali?". . terpujuk terus jiwa ini. . esoknya, makan luar bersama. dah dipesan bersedia utk quick getaway. mcm biasa-- kita awal lagi dah bersedia. mcm biasa-- dia bersiap lambat mcm anak dara. . "mcm tak ikhlas nak bawa kita. dok leweh2. lewat2 mcm xde apa", rajuk dlm hati. . juna dah gelisah dari dlm kereta. jadi aku minta izin terus ke pool tanpa bantu dia check in dan sbgnya. . dia ok sahaja. . dlm sejam, dia dtg pd kami. barang di villa dah sedia, dia kata. panggil juna utk berhenti. . tiba di bilik, mcm biasa-- kelam-kabut cari kunci. barang penuh di tgn. cicir sana, jatuh sini. . "tolong buka", dia kata. aku taat sahaja. . tanpa langsung aku sangka-- semua staff termasuk mertua sudah ada bersedia. selantang2nya aku jerit bagai histeria. . mmg langsung tak boleh teka. allahu akbar. . he did it again. serius aku dah kalah dgn dia. . such great acting and cover ups. such great thoughts. sbb dia tau aku suka keluarga @fynnjamalrtw @susujuna kami ada. dia tau aku perlu utk @prisona ada sama. . in all, it was a beautiful day filled with love. rasa sungguh dihargai oleh suami; walau dia tau aku tak perlu semua itu utk dibukti. . aku cukup dia ada di tepi. aman dgn sekadar dia wujud; apa yg aku nak lagi? . everything i am is possible because he believes in me. even at times i dont. ESPECIALLY at those times when i dont. . terima kasih suamiku kena sudi. kerana kalau bukan kamu, sayang, siapa lagi yg mau jiwa aku ini. . you are the best present from الله. forever and beyond. insyaAllah.

A post shared by فصبر جميل (@fynnjamal) on


Rata-rata pengikut laman sosialnya memuji sikap suaminya yang dikatakan sangat romantik.

Fynn juga turut dihujani ucapan selamat hari lahir daripada peminatnya.