Comel sungguh anak sulung Hunny Madu, Eva Medina, 5, dalam video yang dikongsikan ibunya, Hunny Madu di akaun Instagram, semalam.

Menerusi perkongsian tersebut, Hunny meluahkan rasa terharunya kerana Eva Medina sentiasa mendoakan ‘adiknya’ setiap hari, tidak kira siang atau malam.

You prayed for a baby brother or sister almost every night & I know you'll be an amazing big sister. How could we not bring you on our babymoon? You deserve this holiday more than anything. ? . . (First vid was saved back in March 2017) #HKEbeachgetaway #babymoon #browngirl #imbrowntoo #evamedina

A post shared by Hunny Madu (@hunnymadu) on


Video tersebut telah ditonton lebih 7 ribu kali oleh pengikut Hunny di Instagram dan di ruangan komen, mereka memuji keletah comel Eva Medina.

Sementara itu di BH Online, Hunny mengakui kandungan kini sudah memasuki trimester kedua iaitu berusia 6 bulan.

Berita mengenai kehamilannya hanya diketahui keluarga dan sahabat terdekat sahaja.

Hunny Madu atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada tahun 2010.

Hunny pernah muncul dengan single solo berjudul Hello disusuli dendangan duet bersama Kayda Aziz menerusi Go Hard Or Gostan serta Gucci Dowh.

Kini, dia tampil dengan single terbaharu, Get Money, dengan penampilan penyanyi rap dari Amerika Syarikat, Radio 3000.