Netizen memuji sikap suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari yang prihatin dan menjaga aurat isterinya.

Menerusi foto yang dimuat naik ke dalam instagram (IG), Izzar telah menyunting bahagian tangan isterinya yang mendedahkan aurat ketika memandu.

Izzar telah menyunting tangan isterinya yang terdedah dengan warna hitam hingga ke pergelangan tangan.

Berikut merupakan foto tersebut:

Ketenteraman jiwa terganggu apabila isteri offer untuk memandu.Round2 kat kampung dia.Bismillah.Pakai seatbelt ?

A post shared by Izzar Anwari (@izzar) on


Foto tersebut telah mendapat perhatian pengikut laman sosial yang rata-rata suka dengan sikap Izzar yang prihatin terhadap aurat isterinya sebelum memuat naik foto berkenaan.

@nurasmiraemiliana - Bagusnya suami jaga aurat isteri...

@syiera_vinvera - Yes suka baca caption Dr ni..mesti kelakar orangnya..untung isterinya asyik gelak je

@syau.qinaI - love when you cover your wife's hand