Pengarah filem Abang Long Fadil 2 (ALF2), Syafiq Yusof tidak menolak untuk meneruskan sekuel filem itu pada masa akan datang.

Namun, hal itu bergantung pada sambutan yang diterima daripada penonton filem ALF2 yang sedang ditayangkan di 120 buah pawagam seluruh negara sekarang.

"Setakat ini apa yang boleh saya katakan mungkin akan ada Abang Long Fadil 3, bergantung pada respons penonton untuk filem kedua ini," kata Syafiq.

#abanglongfadil2 gala premiere

A post shared by Syafiq Yusof (@fiq000s) on


Syafiq mendedahkan kepada media, ALF2 telah berjaya mengutip RM300,000 pada hari pertama tayangan Khamis lalu.

Malah, kebanyakan kaunter tiket wayang juga berjaya menjual hampir keseluruhan tiket kepada penonton pada hari sama.

ALF2 mengisahkan perjalanan hidup Fadil yang mahu berhenti daripada dunia gangster namun terjerumus dalam dunia mafia yang didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok.

Filem sarat aksi dan komedi itu dibintangi oleh Zizan Razak, Syamsul Yusof, Datuk AC Mizal, Wak Doyok, Achey, Shuib, Tania Hudson dan A Galak.

Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: www.cinema.com.my, IG SyafiqYusof