Wah! Seronoknya tengok si comel Yusuf Iskandar bercuti di Maldives.

Menerusi kemas kini akaun media sosial Instagram pelakon Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar sendiri, mereka sekeluarga sedang bercuti di kepulauan popular itu sejak semalam.

Namun, lebih mengejutkan sebenarnya tempat penginapan Yusuf sekeluarga bukan calang-calang harganya semalamam.

Menurut laman web rasmi villa mewah Soneva Jani, harga untuk penginapan satu malam mencecah harga serendah AS$3,055 (RM13,054) hingga AS$18,230 (RM77,897).



Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan jenis villa yang dipilih Hanis dan Hairul buat percutian bersama permata hati mereka itu.

Sekadar info, villa Soneva Jani terletak di sebuah lagun persendirian seluas 5.6 kilometer dan dikelilingi oleh lima buah pulau yang sangat cantik.





Malah, untuk ke villa itu, pelawat harus menaiki pesawat air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Male selama 40 minit atau kapal persiaran yang mengambil masa selama separuh hari.

Soneva Jani menyediakan tujuh jenis villa mengikut jumlah bilik tidur.

Ada antara villa-villa itu memiliki gelungsur air dari bumbung terus ke dalam lagun selain kolam renang persendirian.

Apapun, sempena cuti hujung minggu ini jom layan gambar-gambar menarik Yusuf Iskandar, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen di Soneva Jani, Maldives.

Touchdown

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on


Yusuf refresh balik 'kicking' konon ?

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on



Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: www.sonevajani.com, IG @TheYusufIskandar @HanisZalikha