Pelakon terkenal Song Jong Ki mendedahkan aktor So Ji Sub banyak membantunya sepanjang penggambaran filem terbaru mereka, The Battleship Island.

Kata Song Joong Ki, So Ji Sub merupakan seorang senior yang tidak lokek untuk memberikan tunjuk ajar kepadanya.

"So Ji Sub merupakan senior yang saya hormati dan dia juga menjaga saya dengan baik sewaktu penggambaran.

"Lebih-lebih lagi saat saya memerlukan nasihat atau pun pertolongan, So Ji Sub sentiasa membantu.

"Saya juga berterima kasih kerana banyak memberi tunjuk ajar kepada saya," katanya.

Selain Song Joong Ki, bintang lain yang turut menjayakan filem ini adalah Soo Ji Sub dan Hwang Jung Min.

The Battleship Island telah pun menemui penonton di pawagam pada 17 Ogos lalu.

Teks oleh: Mya Amri