Pelakon Amar Baharin mendedikasikan satu video sweet kepada isterinya, Amyra Rosli sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26 hari ini.

Paparan imej klip video tersebut telah dimuat naik Amar menerusi entri terbaru diakaun instagramnya beserta kapsyen ringkas.

“Happy Birthday Wifey ❤️”, tulisnya.

Happy Birthday Wifey ❤️

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on


Amyra yang cukup terharu dengan video suaminya itu turut meninggalkan komen ‘Love u honey’ pada entri tersebut.

Sementara itu, video berdurasi selama satu minit yang di akaun YouTube Amyramar berjudul Amyra Rosli (Dia) – Birthday 2017 tersebut merakamkan gelagat ‘happy’ Amyra ketika pasangan suami isteri itu keluar bersama.

Dalam pada itu, peminat yang telah menonton video tersebut juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat hari jadi kepada aktres cantik itu selain mendoakan agar kebahagiaan rumah tangga pasangan selebriti ini berkekalan hingga ke akhir hayat.



Teks oleh: Mya Amri