Setiap bulan, selepas dapat gaji ramai di antara kita yang akan mengeluh, “alamak...habis gaji buat bayar hutang...tak cukup nak beli benda lain...!”

Jangan bohong, sebab kajian mengatakan 65% rakyat Malaysia hanya bergantung kepada satu saluran pendapatan.

Haa..sebab itulah kempen #YouCanDuit dilancarkan untuk membantu anda semua menjana pendapatan lebih melalui online.

Kempen #YouCanDuit kini sudahpun sampai ke bahagian utara tanah air. Memang ‘sporting’ habis orang-orang utara ni tau.

Macam-macam aktiviti yang berlangsung kempen #YouCanDuit yang berlangsung di Politeknik Balik Pulau pada 29 dan 30 Julai yang lalu seperti beramah mesra dengan Upin & Upin, selebriti jemputan dan banyak lagi tau!


Sebelum ke Pulau Pinang, kempen #YouCanDuit berada di negeri Kedah. Sokongan diberikan orang-orang di kedua-dua negeri ini memang ‘best’!

Kali ini #YouCanDuit akan berada di negeri Perlis pula untuk mengajak anda semua menjana pendapatan lebih menerusi dua program e-rezeki dan e-usahawan.

Bakal diadakan di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, pada 24 - 27 Ogos ini, bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, orang-orang Kangar dan seluruh penduduk negeri Perlis...gunakan kesempatan ini untuk ketahui rahsia kejayaan usahawan dan mentor selebriti menjana pendapatan mereka.

Selain itu, banyak lagi aktiviti menarik menanti anda semua di sana nanti tau! Selain berpeluang bertemu mentor selebriti Erma Fatima, Azrul Zaidi dan Fizo Omar ramai lagi artis lain yang akan memeriahkan kempen #YouCanDuit hujung minggu ini!

Jumpa di sana!