Atlet para negara, Ziyad Zolkefli, telah mencipta sejarah apabila memenangi pingat gangsa pada acara lontar peluru Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Tampil sebagai peserta 'underdog', Ziyad yang layak secara merit beraksi dalam Sukan SEA kali ini selepas melakukan lontaran sejauh 17.29 meter dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London, bulan lalu.

Ziyad berjaya melakukan lontaran sajauh 17.12m pada lontaran keduanya untuk meletakkan dirinya di tempat ketiga.

Dua wakil Thailand, Promron Juntima dan Thawaat Khachin, mempamerkan aksi cemerlang apabila melakukan lontaran yang berjaya memintas Ziyad, masing-masing pada jarak 17.42m dan 17.15m untuk meraih pingat emas dan perak.

Rata-rata netizen mengakui kagum dengan semangat yang ditunjukan oleh Ziyad meskipun dia merupakan seorang insan kelainan upaya.

@Rozy198: "Tahniah Ziyad. Sekali lagi anda mengharumkan nama Malaysia dengan mencipta sejarah di Sukan SEA Kuala Lumpur.

@Timugry: "Kamu memang luar biasa. Siapa kata orang yang mempunyai kelainan upaya tidak mampu berjaya. Tahniah kepada Ziyad kerana semangat yang telah ditunjukkan amat luar biasa."

@WongTin: "Walaupun tidak menang emas namun kamu telah memenangi seluruh hati rakyat Malaysia. Semoga lebih banyak kejayaan yang ada datang nanti."

@MuhdAliff: "Walaupun kelainan upaya namun Ziyad berjaya membuktikan dia layak dan setanding dengan orang yang normal. Chaiyokkk."


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi