Kehangatan Sukan Sea bukan hanya dirasai oleh atlet yang bertanding malah anggota keselamatan yang bertugas di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

Sekeping gambar seorang polis wanita cantik yang dirakamkan ketika Ops Cantas Rimau sempena Sukan Sea di sebuah pusat beli-belah sedang tular di media sosial.

Gadis bernama Zarith Aqilah itu merupakan seorang anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Polis Diraja Malaysia.

Zarith merupakan graduan dari Universiti Malaya sebelum menceburkan diri dalam bidang kepolisan.

Netizen yang mula terpaut dengan karisma polis wanita itu mula melayangkan pick up line di media sosial terutamanya Twitter untuk menawan hati gadis itu.

Lucunya, ramai netizen yang sudi 'ditembak' oleh polis wanita itu.

"Saya rela kena tembak. Tembak dengan panah cinta," tulis @luqmanyamin.

"Kalau kak suruh saya jalan straight line, memang saya akan gagal. Saya tengah mabuk cinta," tulis @thetypicalmalay.





Menjelang temasya Sukan SEA Ke-29 kali ini, seramai 12,000 anggota pelbagai unit, termasuk Komando 69 dan Unit Tindakan Khas (UTK) ditugaskan di semua lokasi pertandingan, termasuk hotel penginapan atlet dari semua negara yang mengambil bahagian.

Temasya Sukan SEA ke-29 bermula 19 hingga 30 Ogos ini.

Antara lokasi terpilih yang dikawal ketat adalah sekitar KLCC, Bukit Bintang, KL Sentral, Terminal Bersepadu Selatan, Stadium Shah Alam, Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz dan bangunan Putrajaya.

Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: FB Zarith Aqilah