Miss K terkejut apabila diberitahu yang Akademi Fantasia (AF) bakal kembali! Bukan apa, Miss K excited lah sebab Miss K memang peminat AF dari dulu.

Tapi setelah dirisik bukan AF musim baru yang akan diadakan tetapi satu program terbesar iaitu Akademi Fantasia Megastar (AF Megastar).

Miss K dengar AF Megastar ni adalah program hiburan dan nyanyian yang akan mengembalikan bintang-bintang AF dari musim satu hingga terkini untuk berentap di atas pentas.

Wow! AF Megastar mesti menjadi acara terbesar dunia hiburan tahun ini. Yelah mana taknya, peminat-peminat AF mesti akan teruja menanti bintang AF mereka beraksi kembali di atas pentas.

Silap-silap AF Megastar nanti jadi pentas reunion untuk bekas pelajar AF dari senior hinggalah junior.

Katanya untuk konsert pertama ini akan ada 24 bintang AF yang akan berentap sebelum memilih hanya 12 sahaja yang akan berkasi ke konsert seterusnya. Ala...macam konsert prelude dulu lah.

Tapi sehingga kini Miss K tertanya-tanya siapa 24 bintang yang akan sertai AF Megastar ni?

Apa yang Miss K dengar, dalam 24 bintang AF itu terdapat bekas pelajar dari AF1 juga. Agak-agak siapa ya bintang AF1 tu ye? Adakah juaranya Vince? atau Khai? Ha ingat lagi tak nama-nama ni?

Tapi Miss K macam dah dapat agak siapa bintang AF lain yang akan sertainya. Kejap Miss K fikir siapa bintang AF yang baru buat comeback...ha! Baru sahaja buat comeback Faizal AF4 yang keluar dengan single baru dan juga kontroversi melibatkan rumah tangganya.

Selain itu yang nampak ketara adalah mungkin Shahir AF8? Yelah dia yang dulu tiba-tiba menghilang tiba-tiba muncul dalam industri. Siap berlakon lagi kau!

Tapi Miss K rasa tak payah lah Miss K nak pening fikir siapa lagi sebab pengumuman AF Megastar ini pun akan dibuat esok.

Esok akan ada satu pelancaran dan sidang media mengumumankan 24 bintang AF yang akan berentap di AF Megastar.

Tak sabarlah Miss K nak tunggu!

Miss K: Tak sabar nak tonton filem Abang Long Fadil 2, katanya Wak Doyok berlakon mantap dalam filem tu!