Syafiqah Jalal
Sat Aug 19 2017
Pemuda dikenali sebagai Ramadhan membuat laporan polis selepas tidak tahan dikecam netizen.
Laporan tersebut dimuatnaik Ramadhan di naik laman sosial Instagram.
Pada entri tersebut, dia menulis kapsyen:
"Ni report saya. Sesiapa berani cabar jumpa saya di mahkamah k"
Menerusi laporan tersebut dia mengaku bertengkar dengan salah seorang pekerja rumah tumpangan bernama Qaiyum.
Namun dia menjelaskan pertengkaran itu berlaku selepas dia tidak berpuas hati kerana diperlekehkan serta diarah seperti budak-budak pada 16 Ogos lalu.
Bagaimanapun dia memberitahu mereka sudah berdamai pada 18 Ogos (semalam).
Setibanya di Malaysia, dia tidak menyangka apabila pertengkaran yang dirakam menerusi CCTV disebarkan dan tular.
Akibat daripada itu, dia mendapat kecaman serta ugutan di akaun Facebook(nya).
Ramadhan memberitahu dia membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan dirinya.
Ramadhan bersama dua lagi rakannya dikutuk netizen selepas videonya merosakkan bilik di rumah tumpangan di Jepun tular.
Selain menyebabkan kerosakan berjumlah RM5,000 mereka turut melakukan perbuatan jijik dengan membuang air besar di bilik mandi rumah tumpangan tersebut.
Perbuatan mereka telah dikecam teruk oleh rakyat Malaysia yang menyifatkan ia amat memalukan.
Antara kecaman diterima:
@Muhammad Syafiq Jafri - Buat malu bangsa dan negara lah ....name Melayu agama Islam tapi ade tak guna nilai adab bila bertandang tempat orang .Buat malu otakku buat malu Melayu buat malu agama buat malu negara ....buat malu orang gemuk macm aku
@Zilah Othman - Adab kat mana??? Dah ditolong...kurang ajar plak dibalasnyer....kan dah viral...buat malukan keluarga jerrr
@Shafiqah Rosnizam - Ya Allah buat malunyaaaa jap lagi jangan tiba-tiba Malaysia tak boleh masuk Jepun sudah la...tahun depan nk pegi sana lah
@Nazri Rozemi - buat malu kaum betul depa ni tak ada sivik langsung mat tahikkk
@Datin Trauma - Buat malu org Malaysia jaa. .
@Rina Shazlan Reena- Tolong la kalau pergi Jepun jangan la bawa perangai pengotor tu..orang-orang Jepun semua pembersih..xkira lelaki perempuan budak kecil, orang tua lepas berak diorang akan flush..kalau mandi di shower atau public shower dorang memang tak akan berak kat situ
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.