Seorang lelaki mengumpulkan 37 keping wang RM10 yang berlainan nombor bersiri untuk membentuk ayat ‘Zulkefly Cinta Siti Norhafizah 1 Julai 2017’.

Lelaki yang dikenali dengan nama Zulkefly itu menyerahkan wang bernilai RM370 itu kepada isterinya dalam bentuk mas kahwin.

Laman Facebook Video Viral Malaysia telah berkongsi beberapa keping foto mas kahwin unik itu menerusi sebuah entri dan posting tersebut menjadi tular di kalangan netizen.

Rata-rata netizen memuji idea Zulkefly yang begitu unik dan mahu menjadikan mas kahwin tersebut sebagai inspirasi di masa akan datang.

Pengguna laman Facebook juga memberi kredit atas kesungguhan dan kegigihan yang ditonjolkan oleh Zulkefly yang mengumpul wang dalam pelbagai nombor bersiri untuk dijadikan simbolik mas kahwin.

“Krishnan Shiva: That's really an effort to applaud. Happy Married life couple!”

“Mohammad Ridzuan: Terbaik dan kreatif. Selamat pengantin baru kepada kedua mempelai, lepas ni jadi trend idea mereka ni… Hehehe.”

“Che Nurulf: Gigih yang buat hantaran tu. Idea yang boleh dijadikan ikutan. Tahniah, selamat pengantin baru.”

“Hazwa Amir: Mula-mula tengok gambar… Ala, biasalah tukar je lah duit dekat bank. Tapi pelik pula, apa yang susah sangat sampai nak kumpul. Klik dekat gambar baru perasan. La, apasal sweet sangat. Hahahaha! Terbaiklah!”


Setakat ini, entri tersebut mendapat hampir 22,000 perkongsian dan 5,000 komen pengguna laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal.