Berita baik kepada hijabista di luar sana, terutama yang gemar mengumpul shawl atau tudung bawal rekaan eksklusif, anda boleh dapatkan tudung Sukan Sea 2017!

Selain boleh dipakai untuk majlis-majlis formal atau kasual, ia juga boleh dijadikan sebagai ‘sentimental value’ kerana Sukan Sea diadakan dua tahun sekali.

Tak rugi beli sebab nak tunggu giliran Malaysia jadi tuan rumah balik, mungkin bertahun-tahun lagi kan? Jadi, tak salah kita abadikan kenangan dengan membeli tudung ini sambil menambah koleksi sedia ada.



Berharga RM120 setiap satu, ia hadir dalam tiga jenis rekaan tudung scarf dan empat jenis rekaan shawl.

Tudung daripada material velvet satin ini sangat unik kerana ia menampilkan corak-corak ikonik Malaysia seperti corak wau, peta Malaysia, menara KLCC, logo KL 2017 serta maskot KL 2017, Rimau.



Ayuh! Kita sama-sama tunjukkan sokongan kepada pasukan Malaysiai sepanjang KL 2017 ini.

Untuk mendapatkan tudung eksklusif ini klik di sini. Anda jgua boleh mendapatkan pelbagai cenderahati menarik lain seperti ‘exclusive wooden sunglasses’, ‘fridge magnet’, ‘wooden table clock’, ‘keychain’, ‘Rimau The Mascot’ dan macam-macam lagi.

Setiap satu tudung ini berharga RM120 dan anda boleh membelinya di sini. Ayuh tunjukkan sokongan anda pada pasukan Malaysia di KL 2017 nanti.

Acara pembukaan temasya Sukan Sea ke-29 (KL2017) bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

KL2017 telah membuka tirai perlawanan pada 14 Ogos lalu dan sehingga kini Malaysia mendahului pesaing lain dengan kutipan medal terbanyak.

Sambil-sambil tu jom kita tengok koleksi tudung eksklusif ni. Kalau ada yang berkenan, cepat-cepatlah beli, sekurang-kurangnya ada kenangan Sukan SEA 2017!