Dua bekas bintang realiti, Anas Ridzuan, 27, dan Ana Syuhada sah bergelar suami isteri pada petang Sabtu.

Bekas protege Faizal Tahir dan Ramlah Ram itu diijabkabulkan di Masjid Seksyen 7, Shah Alam dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Pasangan sama cantik sama padan itu mengenakan persalinan sedondon berwarna hijau itu turut berbalas hantaran.

Anas telah menyerahkan enam dulang dan dibalas tujung dulang daripada pihak perempuan.

Dalam pada itu, Anas turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 berserta wang hantaran sebanyak RM15 000.

Pasangan ini bakal diraikan dalam majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung di Dewan Melur Shah Alam pada 14 Januari hadapan, manakala majlis sebelah pengantin lelaki dijangka bakal diadakan di Ipoh, Perak


Olahan oleh: Syafiqah Jalal
Sumber: Utusan Online