Ahli kumpulan F(x), Luna baru-baru ini telah berkongsi kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak lapan kilogram (kg).

Menurut laporan Allkpop, Luna dikatakan telah membocorkan rahsia diet yang diamalkannya untuk mendapatkan tubuh langsing.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di YouTube, Luna's Alphabet, penyanyi itu telah berkongsi cara membuat membuat minuman detox dengan menggunakan teh hijau dan air lemon.

"Sebenarnya saya tidak mengamalkan diet yang melampau sebaliknya saya cuma meminum teh hijau dan air lemon untuk mengurangkan berat badan.

"Saya telah meminum minuman teh hijau dan lemon itu sebanyak 1.5 liter sehari dan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8 kilogram dalam tempoh satu minggu.

"Namun amalan diet ini tidak sesuai kepada orang yang mempunyai penyakit anemia kerana saya risau ia akan memberi kesan sampingan kepada mereka," katanya.

Tambah Luna, dia bersyukur kerana dapat mengurangkan berat badannya dalam masa seminggu lebih-lebih lagi menjelang promosi album baru yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sumber: Allkpop