Penyanyi Akim Ahmad mendoakan agar isterinya, Stacy Anam sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan.

Menerusi nukilan entri terbaru diakaun Instagramnya, Akim meluahkan betapa dalamnya rasa cinta terhadap isteri kesayangannya itu.

Nukilan istimewa Akim beserta foto bersama isterinya itu dimuat naik bersempena ulang tahun kelahiran Stacy yang ke-26 malam tadi.

"Jadilah engkau bintang yang berkelip bak hiasan permata untuk bulannya, sentiasalah menakdi awan yang meredakan teriknya mentari, jadilah engkau lautan yang menyimpan rahsia keindahan mahupun gelapnya dasar.

"Jadilah tanah gambut yang menyimpan rapi api di bawahnya, dan kuatkanlah aku seperti kaki gunung yang menjinjing puncaknya.

"Limpahkanlah kasih sayang di antara kami, kurniakanlah kesihatan untuk yang aku cintai. Selamat hari lahir, doaku untukmu wahai isteri..."
tulisnya.

Dalam pada itu, pegi peminat juga tidak ketinggalan meninggalkan komen ucapan hari jadi kepada Stacy.

Mereka juga mendoakan agar pasangan 'sweet' ini sukses dalam kerjaya dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Jadilah engkau bintang yang berkelip bak hiasan permata untuk bulannya, sentiasalah menjadi awan yang meredakan teriknya mentari, jadilah engkau lautan yang menyimpan rahsia keindahan mahupun gelapnya dasar, jadilah tanah gambut yang menyimpan rapi api dibawahnya, dan kuatkanlah aku seperti kaki gunung yang menjinjing puncaknya, limpahkanlah kasih sayang di antara kami, kurniakanlah kesihatan untuk yang aku cintai. Selamat hari lahir. Doaku untukmu wahai isteri...

A post shared by Akim Ahmad (@akimahmad) on


Teks oleh: Mya Amri