Tengku Permaisuri Selangor (TPS), Tengku Permaisuri Norashikin menjadi tumpuan ketika mencemar duli ke acara fesyen terkemuka, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2017) semalam.

Menerusi laman Facebook Selangor Royal Office, beberapa foto yang dimuat naik akaun tersebut menampilkan TPS begitu anggun mengenakan busana berwarna hitam beserta rantai leher panjang yang menyerlahkan lagi kejelitaan baginda.

Foto-foto berkenaan dikongsi di Facebook Selangor Royal Office hari ini.

“16 OGOS 2017 - DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berangkat mencemar duli ke Kuala Lumpur Fashion Week 2017 di Pavilion, Kuala Lumpur.

“Baginda diperlihatkan dengan koleksi pakaian terbaharu oleh pereka-pereka fesyen tempatan. #KLFashionWeek2017, #KLFWRTW2017,” jelas butiran akaun tersebut.

Selain itu, Netizen juga terpegun dengan kecantikan TPS dan menyifatkan baginda sebagai seorang permaisuri yang tidak lokek dengan senyuman.

KLFW2017 telah pun bermula sejak semalam dan bakal berlangsung sehingga 20 Ogos ini.

Antara pereka fesyen yang terlibat adalah Alia Bastamam, Fizi Woo, Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini dan ramai lagi.

Jom kita tengok foto-foto anggun TPS yang tak jemu mata memandang seperti dikongsikan oleh Selangor Royal Office ini: