Namun disebabkan kekangan masa kerana terlalu sibuk, Sazzy harus memilih tawaran yang benar-benar sesuai untuk dirinya.

"Memang ada ketikanya rasa rindu nak berlakon tetapi masa tidak mengizinkan.

"Saya kini sibuk menguruskan perniagaan dan juga anak-anak yang semakin membesar.

"Bukan saya tak mahu berlakon, andai kata filem yang ditawarkan itu saya benar-benar suka, skrip menarik dan juga mempunyai mesej mendalam, Insha Allah saya akan lakukan.

"Tetapi jangan salah anggap, saya bukan sombong. Cuma jika terlibat dengan lakonan, saya harus pastikan ia berbaloi kerana saya perlu bahagikan masa antara anak-anak, perniagaan dan juga lakonan.

"Sebagai contoh filem Gol & Gincu dan juga biografi Saloma yang sarat dengan mesej-mesej tertentu.

"Tak mungkin saya akan katakan sudah tak mahu berlakon kerana itu adalah 'passion' saya.

"Jika ada peluang, kenapa tidak kan? Lagipun kita tak tahu peluang seperti apa yang akan datang di masa hadapan," katanya kepada Astro Gempak.

Dalam perkembangan terbaru, Sazzy, 36, kini sibuk dengan acara Kuala Lumpur Fashion Week (KL Fashion Week) yang bermula semalam.

Teks oleh: Mya Amri