Semalam, tular rakaman video seorang wanita ditangkap dan dibelasah penduduk kampung selepas didakwa cuba menyamun seorang warga emas di Kampung Kubang Menerong, Tasek Gelugor.

Menerusi tiga video yang tersebar itu, kelihatan remaja terbabit dibelasah selepas penduduk tidak berpuas hati dengan kelakuannya yang didakwa mencurigakan apabila mengintip rumah warga emas terbabit.

Wanita tersebut dibelasah oleh sekumpulan lelaki dan wanita sehingga baju dan seluarnya terselak lalu menampakkan perut serta coli juga seluar dalamnya.

Sebaik dicekup penduduk bertanya mengenai tujuannya mengintip rumah orang namun tiada sebarang penjelasan.

Dia kemudiannya diserahkan kepada pihak polis.

Rata-rata tidak berpuas hati cara penduduk kampung yang membelasah wanita tersebut sehingga dilihat mahu mengambil kesempatan.

Berikut merupakan komen-komen yang diturunkan:

@Azizi Azid - Sampai terlondeh baju seluar perempuan tu dikerjakan orang jantan nii...malu lah weii...jantan pukul perempuan..

@Aqiz A Rahman- dunia gila... laki pukul perempuan kalau perempuan salah pun bagi kat polis... ni sampai maruah perempuan tu nak sangat jantan bodoh duduk tengok.... bodoh piang

@Azril Sham - Dah menjatuhkan maruah sebab nampak aurat yang rakam tu sumbat skali

@Mohd Nashriq- Ceh saja tarik baju la tu bagi terlondeh,saja nak ambil kesempatan