Dah Biasa Jadi Mangsa Buli Pelawak Lain, Tak Kisah Tapi Biar Bertempat - Amir Raja Lawak

17 Ogos 2017. 12.01 PM
7,278
Hiburan
Dah Biasa Jadi Mangsa Buli Pelawak Lain, Tak Kisah Tapi Biar Bertempat - Amir Raja Lawak
Amir Raja Lawak mengakui tidak kisah dirinya dibuli oleh pelawak-pelawak lain asalkan kena pada tempat.

Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi atau Amir, 29, berkata, sebagai seorang pelawak dia harus bersikap terbuka dalam menjadi bahan sesebuah jenaka.

"Saya sebenarnya sudah biasa menjadi mangsa buli pelawak-pelawak lain sejak kemunculan awal dalam industi hiburan.

"Mungkin itu merupakan trademark saya kerana ramai orang suka saya dibuli dan perkara itu tidak pernah menjadi kesalahan jika ia kena pada tempatnya.

"Ini merupakan perkara biasa dalam komedi kerana dia kena ada orang yang kena buli dan pembuli jadi perkara itu adalah normal.

"Saya tahun orang yang membuli saya itu tiada niat lain selain bergurau dan perkara itu tidak pernah diambil serius oleh saya," katanya kepada Astro Gempak.

Amir berkata demikian ketika ditemui pada sesi pengambaran program Sukan Ke Laut, di Sports Affairs, Cheras, baru-baru ini.

Temasya Sukan Ke Laut bersiaran setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan saluran serentak di Warna HD (saluran 124).
 
Program ini juga boleh ditonton menerusi platform Astro GO dan On Demand.


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi 

Artikel Berkaitan