Setiap minggu Astro Gempak akan menampilkan ikon media sosial yang akan berkongsi kisah menarik dan pengalaman mereka dalam segmen Gempak Star Of The Week.

Tidak kira latar belakang dan bidang mereka, kuasa media sosial membawa perubahan dalam landskap hidup golongan belia ini.

Sempena minggu ini, penyanyi muda berbakat besar dari Indonesia, Rizky Febian akan berkongsi pengalaman dan cerita menariknya.

Berikut kami senaraikan 5 perkara menarik tentang Rizky.

1) Penyanyi remaja

Rizky Febian Adriansyah Sutisna atau lebih popular dengan nama pentas Rizky Febian, 19, merupakan anak kepada pelawak terkenal Indonesia, Sule.

Single Kesempurnaan Cinta telah melonjakkan namanya di persada seni suara hingga dikenali di Malaysia.



Rizky mula menceburkan diri sebagai penyanyi pada tahun 2011 ketika berusia 13 tahun.

"Saya tidak rasa terbeban pun menjadi penyanyi ketika usia muda kerana ini impian saya," katanya.

2) Suka tempe

Rizky menggemari hidangan tradisional Indonesia, tempe.

Ditanya tentang tabiat pelik yang sering dilakukan, jawab Rizky; "Saya selalu menghabiskan masa yang lama di bilik air."



3) Boyz II Men

Menjadikan kumpulan Boyz II Men dan Brian McKnight sebagai idolanya dalam bidang nyanyian.

"Mereka memiliki suara yang unik dan kualiti sebagai penyanyi," jelasnya.



4) Balas InstaStory peminat

Memiliki jumlah pengikut di media sosial Instragram dan Twitter lebih daripada 2 juta menjadi satu kelebihan kepadanya.

"Saya sendiri terkejut dengan jumlah pengikut di media sosial saya dan saya harus menggunakan platform itu untuk memberikan inspirasi kepada mereka.

"Sekurang-kurangnya saya akan membalas InstaStory peminat saya dengan membalas 'Hi' sekurang-kurangnya," katanya.



5) Fesyen sendiri

Rizky mengakui dia tidak mudah terpengaruh dengan perkembangan fesyen semasa.

"Saya ada gaya saya sendiri dan lebih selesa suai padan pakaian sedia ada," tambahnya yang bakal muncul dengan single keempat tidak lama lagi.





Teks oleh: Amri Hassan