Konsert kedua GegarVaganza musim ketiga (GV 3) menyaksikan Razis Ismail diumumkan sebagai bintang pertama yang tersingkir.

Bertemakan Memori Berkasih, Razis telah menyampaikan lagu berjudul Bunga Pujaan nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah dan Eddy Silitonga.

Selain Razis, 11 bintang GV 3 yang juga memberikan saingan sengit membuatkan juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan Datuk A Rahman Hassan sukar untuk menentukan siapa yang layak berada di kedudukan pertama.

Dalam pada itu, Azharina telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Vokal Paling Menyengat dan membawa pulang rantai mutiara tajaan Raflesia bernilai RM5,000, penginapan tiga hari dua malam di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru, Rebung SPA, baucer tunai tajaan Go Shop berjumlah RM1,000 dan barangan Pamoga Qu Puteh.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan 100% oleh juri profesional dan komen-komen yang telah diberikan:

1.Zarul – Untuk Selamanya: “Bagus! Ini minggu kedua, perjalanan kamu agak lancar, prestasi ini dikekalkan. I will ask for more!” -Datuk Ramli MS.


2.Siti Sarah – Teratai Layu di Tasik Madu: “Kamu bagi saya kerja yang sangat susah. Dia harus dipuji. Saya sampai kena mintak lirik untuk semak apa yang awak nyanyi sebab terlalu bagus!” - Datuk Ramli MS


3.Azharina - Sinaran: “Ini contoh penyanyi, dia kalau bagus boleh menyanyi live. Live tak boleh menipu dan I’am quite happy with you,” - Datuk Ramli MS.


4.Nora – Setelah Aku Kau Miliki: “Nora, you bawa lagu ini bagus sekali, saya suka cara you luahkan perasaan tu” - Datuk A Rahman Hasan / “You should be a reference untuk penyanyi ganerasi baru, kamu punya kecekalan dan disiplin patut dijadikan contoh,” - Datuk Ramli MS.


5.Ameng – Epilog Cinta dari Bromley: “Datuk Suriani beri tahu saya awak adalah seorang entertainer, jadi saya mahu lihat sisi awak yang itu minggu hadapan. Surprise me,” – Datuk Khatijah Ibrahim


6.Gmie – Januari: “Saya rasa awak ada suara yang agak ganjil sebagai seorang lelaki, selalunya orang bersuara ganjil ni dapat lagu yang baik memang boleh pergi jauh. Awak nyanyi bagus!” – Datuk A Rahman Hassan.


7.Elly Mazlein – Berpisah Jua: “Ziana Zain punya lagu memang susah, tapi awak dah nyanyikannya dengan baik malam ini! Teruskan berikan yang terbaik untuk minggu depan. All the best to you!” – Datuk Khatijah Ibrahim


8.Zur Eda - Berpaut di Dahan Cinta: “I always need more, it’s enough but I need more, full total bakal seni awak, pentas ini adalah tempat yang awak boleh keluarkan sepenuhnya bakat awak,” - Datuk Ramli MS.


9.Intan Sarafina - Pudar: “Awak bawakkan lagu ini dengan baik cuma satu saja awak agak keras untuk bergerak (menari),” - Datuk A Rahman Hassan.


10.Rem - Suratan atau Kebetulan: “Awak penyanyi yang baik, take the time and enjoy the song. Do better next week,” - Datuk Khatijah Ibrahim


11.Shidi - Meneka Dalam Kesamaran: “Orang biasa dengar lagu ni dengan suara yang lembut jadi awak bawa dengan cara awak dan saya rasa okay,” - Datuk A Rahman Hassan.


12.Razis Ismail - Bunga Pujaan: “Lagu Jamal bukan satu lagu yang mudah untuk dinyanyikan tapi awak buat dengan cara awak, itu bagus satu kelainan. Tapi perlu jaga low note. Yang lain saya rasa untuk seseorang yang dah lama tak nyanyi awak telah lakukan dengan baik,” - Datuk Khatijah Ibrahim.


GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu ketiga GV 3 bakal membawa tema Ada Bran? dan 11 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GV 3 atau ingin menonton secara 'live streaming', klik ---> GegarVaganza.

Teks oleh: Mya Amri

Foto: Instagram @sharpshooter_photographer