Pawagam seluruh Malaysia baru-baru ini telah dihantui dengan jeritan penonton-penonton dek penangan filem seram Jailangkung dan Annabelle.

Dua filem seram yang berbeza. Satu dari Indonesia dan satu lagi dari Amerika, dan sudah tentu hantu dia pun berbeza!

Jom kita tengok perbezaan di antara kedua-dua hantu dalam filem ni.



1. Jelasnya, hantu dalam filem seram Annabelle ialah sebuah patung manakala Jailangkung pula, berupa manusia atau lebih kenali sebagai “Matianak” dan wajahnya sangat mengerikan sehingga boleh menyerupai seseorang.



2. Semua hantu boleh hilang dan timbul di mana-mana sahaja. Tetapi hantu Jailangkung ada 'extra' kuasa iaitu boleh berlari mengejar mangsanya. Laju tau!



3. Hantu dalam filem Jailangkung adalah roh yang dibangkitkan, sebab itu dia dipanggil “Matianak”. Manakala Patung Annabelle pula dirasuk oleh roh jahat.



4. Annabelle muncul pada bila-bila masa sahaja dan tidak perlu diundang, asalkan anak patung bergaun putih itu ada, maka adalah Annabelle. Tetapi Jailangkung pula perlu diseru dengan mantera; “Datang Gendong, Pulang Bopong”.

5. Hero kedua-dua filem ini adalah manusia tetapi cara untuk menghalau ataupun menghapuskan hantu-hantu ini sangat berbeza. Hantu dalam filem Jailangkung perlu dibopong. Korang berani ke bawak hantu ni guna kedua-dua belah tangan korang??? Hahaha…

Kuatkan semangat anda untuk menonton filem Jailangkung di pawagam sekarang. Ingat! Jangan tengok 'sorang-sorang' takut balik nanti ada yang gendong!