Personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim antara individu yang sentiasa aktif menyertai pelbagai acara larian di dalam dan luar negara.

Hujung minggu lalu, acara jelajah The Colour Run Tropicolor singgah di Padang Merbok, Kuala Lumpur dan ia turut disertai Azrinaz.

Keseronokan acara larian santai sejauh lima kilometer itu dirakamkan oleh Azrinaz untuk dimuatkan dalam Instagramnya semalam.

Menerusi acara larian tahunan popular itu, peserta akan dibaling tepung berwarna-warni seolah-olah pesta Rangoli di India di setiap check point.

Biarpun comot bermandi tepung warna, Azrinaz tetap menjadi tumpuan dan pujian netizen sepanjang acara terbabit.

"Muka comot pun macam mana pun, awak tetap cantik," puji @nazli_yanti di ruang komen Instagramnya.




Jom layan gambar warna-warni Azrinaz ibarat filem Hindustan sepanjang acara larian The Colour Run Tropicolor semalam.

First station. Oh helppp! ? ?#thecolorrun #colorrun2017 #happiest5K #cimb #funrun #dreamincolors

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on


The happiest 5k ? ?#thecolorrun #colorrun2017 #happiest5K #cimb #funrun #dreamincolors

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on


Wait ?? Pause ⏸ Watch this ? And Play ▶️ The second time Color Run held in ?? and Im glad that I participated both year (2014 & 2017) #thecolorrun #colorrun2017 #happiest5K #funrun #cimb #dreamincolors @thecolorrunmy @thecolorrun #shopeeMYColorRun

A post shared by Azrinaz Mazhar (@azrinazmazharhakim) on







Teks oleh: Amri Hassan