Ummi Nazeera Dan Siti Saleha, Anggun Di Majlis Resepsi

13 Ogos 2017. 2.47 PM
9,858
Hiburan
Ummi Nazeera Dan Siti Saleha, Anggun Di Majlis Resepsi
Selepas selamat diijabkabulkan pada pada 23 Julai lalu, pelakon Ummi Nazeera dan Dr. Mohd. Izzar Anwari, 30, telah diraikan dalam satu majlis resepsi yang meriah semalam.

Majlis resepsi bertemakan ala Klasik itu diadakan dengan meriah di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC.

Memilih beberapa persalinan rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, Ummi dan suami kelihatan begitu kacak dan cantik.

Majlis yang berlangsung meriah itu turut mendapat perhatian netizen apabila mereka memuji persalinan yang digayakan oleh Ummi kelihatan sungguh menawan.

Pada majlis tersebut juga pasangan pengantin turut dihiburkan dengan persembahan Zapin daripada ahli keluarga dan tetamu yang hadir. 

Dalam pada itu, pelakon Siti Saleha dan suaminya, Ahmad Lutfi Azhar turut diraikan dalam satu majlis resepsi yang indah semalam.

Majlis yang bertemakan ala Inggeris itu diadakan dengan meriah di Hotel Inter Continental Kuala Lumpur.

Memilih persalinan serba putih rekaan pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini, Saleha kelihatan begitu cantik seperti seorang puteri.

Manakala Lutfi pula segak memakai sut berwarna putih seperti putera raja.

Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis Saleha dan Lutfi ialah Awal Ashaari, Scha Alyahya, Yusri Kru, Lisa Surihani dan Vanida Imran.

Majlis yang berlangsung semalam merupakan resepsi ketiga bagi pasangan Saleha dan Lutfi.

Berikut adalah sebahagian dari foto-foto majlis resepsi Ummi Nazeera & Dr Izzar dan Saleha & Lutfi:










Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi

Artikel Berkaitan