Jangan Jadi Sampah Dan Pelacur Dalam Industri Ini - Que Haidar

13 Ogos 2017. 11.02 AM
16,177
Hiburan
Jangan Jadi Sampah Dan Pelacur Dalam Industri Ini - Que Haidar
Pelakon Que Haidar mengakui rasa terhina apabila ada sesetengah pihak yang mengambil mudah dalam menghasilkan sesebuah karya.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG), Que Haidar telah berkongsi sekeping gambar dengan kapsyen seolah-olah menegur sikap pelakon baharu yang dikatakan tidak begitu serius dalam lakonan.

"Sikap ambil mudah dan sambil lewa mereka, seolah-olah menghina aktor dari segi lakonan, pemilihan skrip dan pemilihan siapa yang ingin diangkat sebagai pelakon. Saya sangat terasa terhina.

"Saya pernah mengupah acting coach sendiri kerana pihak produksi tidak menyediakan acting coach menggunakan wang payment yang dibayar pada saya dan saya juga pernah membuat persembahan monolog dirumah dan panggil rakan-rakan rapat menonton dan sekaligus bertukar pendapat tentang persembahan tersebut.

"Bagi saya, bila kita on set orang akan pandang kita sebagai pelakon profesional. Jika nak belajar atau bereksperiment dalam class, dalam set kita kena 'JADI'. Tuan director tak ada masa nak ajar kita. Thats how serious I am as an Actor.

"Please shows some respect, terutama pada kerja anda. Jangan jadi sampah dan pelacur dalam industri ini!," tulisnya.

Rata-rata netizen mengakui setuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Que Haidar dan mereka berharap agar pelakon-pelakon baru akan melakukan sesuatu untuk memperbaiki mutu lakonan pada masa akan datang.

@ejump_lucius: "Salute, memang terkesan dengan setiap scene yang dilakonkan oleh Que Haidar. Memang setiap apa yang kita buat perlukan pengorbanan. Keep it up."

@ZharifAdha: Setuju sangat. Semoga dengan teguran ini, pelakon-pelakon yang sedia ada akan dapat memberbaiki mutu lakonan mereka."

@RazakSudin: "Setuju sangat-sangat. Bila otai dah bersuara." 
 

Sikap ambil mudah dan sambil lewa mereka, seolah-olah menghina aktor.. (dari segi lakonan/ pemilihan skrip/ pemilihan siapa yg ingin diangkat sebagai pelakon) sy sgt terasa terhina... sy pernah mengupah acting coach sendiri kerana pihak produksi tidak menyediakan acting coach menggunakan wang payment yg dibayar pada sy dan sy juga pernah membuat persembahan monolog dirumah dan panggil rakan2 rapat menonton dan sekaligus bertukar pendapat tentang persembahan tersebut (skrip dan latihan sendri).. bagi sy, bila kita on set org akan pandang kita as a profesional actor.. nak belajar or bereksperiment dlm class, on set kita kena 'JADI'.. tuan director takde masa nak ajar kita.. thats how serious i am as an ACTOR..please shows some respect, terutama pada kerja anda.. JANGAN JADI SAMPAH/PELACUR DALAM INDUSTRI INI!!! #aktor #anakseni #film #filem

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on


Artikel Berkaitan


Komen