Alasan Tidak Munasabah, Shaheizy Sam Kesal Dengan Tindakan LHDN

13 Ogos 2017. 10.54 AM
4,472
Hiburan
Alasan Tidak Munasabah, Shaheizy Sam Kesal Dengan Tindakan LHDN
Pelakon Shaheizy Sam mengakui kesal dengan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiarkan notis muflis yang memaparkan data peribadinya di akhbar tempatan.

Menurut Sam alasan yang diberikan oleh LHDN adalah tidak munasabah dan dia menggangap dirinya seperti dianiaya oleh pihak terbabit.

"Membayar cukai menjadi tanggungjawab, malah saya ada rekod mengenainya. Saya rasa seperti dianiaya dan disabotaj.

"Tiada istilah mereka tak boleh cari saya. Saya bukan kerja pejabat dari jam 9 pagi sampai 5 petang. Saya berlakon tak tentu masa dan ada hari saya tiada di rumah.

"Saya tak pasti apa motif mereka. Mungkin juga ini cara mereka menggunakan orang berpengaruh seperti saya untuk menyedarkan masyarakat supaya membayar cukai.

"Sejak mula berlakon lagi, saya sudah melaksanakannya. Tak perlu risau. Kali terakhir mereka datang ke rumah pada 9 Mei lalu ketika anak sulung dilahirkan dan saya berada di hospital. Saya umumkan hal itu di laman sosial.

"Dua tiga minggu sebelum notis itu dikeluarkan, beberapa wakil LHDN datang ke rumah dan menyerahkan borang CP 500. Kenapa mereka tak maklumkan hal berbangkit? Kenapa pilih guna surat khabar pula?," katanya.

Tambah Sam, hingga hari ini dia dan ejen cukai dilantik masih menunggu penjelasan sebenar berhubung notis muflis terbabit.

Sumber: BH Online

Artikel Berkaitan