Hans Isaac Jualkan Jaket Kesayangan Semurah RM200!

12 Ogos 2017. 2.29 PM
4,283
Hiburan
Hans Isaac Jualkan Jaket Kesayangan Semurah RM200!
Pelakon Datuk Hans Isaac menjual sehelai jaket kesayangan yang pernah dipakainya beberapa kali untuk beberapa babak dalam filem dan drama lakonannya.

Hans juga pernah menjadi duta untuk jenama pakaian tersebut.

"Jaket ini saya gunakan ketika penggambaran filem Misteri Jalan Lama dan ia merupakan jaket kegemaran saya. 

"Malah, di jaket itu juga masih ada label konti dan babak yang tidak saya tanggalkan.

"Menariknya juga saya pernah dilantik menjadi duta selama setahun untuk jenama jaket ini," katanya.

Jaket jenama Yishion itu dijual oleh Hans di platform Mudah.my dengan harga RM200.

Selain jaket, Hans turut menjualkan set kutleri berukiran tulisan Korea berharga RM300.



Bagi yang terlepas menyaksikan episod keempat My Mudah Stories minggu lalu, pelakon cantik Liyana Jasmay telah menjualkan dres kesayangannya semurah RM30 selain set permainan anak-anaknya bernilai RM50.

Manakala, penyanyi Jaclyn Victor pula menjualkan empat helai dres yang pernah dipakainya untuk acara konsert dan muzik video bermula harga RM100 hingga RM500.
 
Untuk mengetahui barangan menarik lain yang dijualkan oleh artis kesayangan anda di platform Mudah.my, saksikan My Mudah Stories setiap hari Ahad pukul 11.30 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD. Mudah.my, Malaysia’s Largest Marketplace. 


Teks oleh: Amri Hassan

Artikel Berkaitan


Komen