Peminat kepada pelakon Saharul Ridzwan melahirkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan kemunculan single pertama nyanyian aktor tersebut.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG), Saharul telah berkongsi sebuah video ketika menjalani rakaman single pertamanya berjudul Buku Putih dan mendapat pujian daripada peminatnya.

"Kelemahan kita jika selalu akan menjadi kebiasaan, kemudian akan jadi kepakaran, dan dari situlah datangnya rezeki. #brocuba #mohonsupport." tulisnya.

Rata-rata netizen yang menonton video itu mengakui tidak sabar mendengar sepenuhnya lagu terbaharu Saharul Ridzwan dan memuji sikapnya yang berani untuk bergelar seorang penyanyi Rap.

@wannajwa94: "Alhamdulillah, tahniah dan selamat maju jaya. Tak Sabar nak dengar sepenuhnya lagu ini".

@zieraizzara: "Alhamdulillah. Saharul Ridzwan sekarang dah jadi penyanyi rap. Congrats rezeki untuk Ali dan Deena".

@Ariff: "Dah jadi penyanyi ke pulak? Apapun tahniah kerana berani mencuba. Semoga lagu yang dikeluarkan ini dapat sampaikan mesej berguna kepada pendengar."

@farahwanis14: "Wah nak jadi penyanyi juga ke Saharul Ridzwan. Tahniah. Agaknya bila single ini akan keluar? Tak sabar nak dengar."

@wxtidxnx: "No one expected this, but this gonna be awesome for your fans. Mesti ramai yang akan menantikannya."

Kelemahan kita jika selalu akan menjadi kebiasaan, kemudian akan jadi kepakaran, dan dari situlah datangnya rezeki. #brocuba #mohonsupport @sr.tigers ?@muzikmuzik32 ・・・ Segala persoalan terjawab, selesai sudah rakaman single terbaru @byajai & @saharulridzwan ..Selamat datang ke industri muzik @saharulridzwan , all the best untuk #BukuPutih .. Nantikan laporan penuh dalam @muzikmuzik32 setiap Isnin,11Malam di TV3 ✌️#saharulridzwan #ajai #BukuPutih @sr.tigers

A post shared by SAHARUL RIDZWAN (@saharulridzwan) on

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi