Siapa yang tak kenal Inspektor Sani yang sebelum ni sering menjadi sebutan ramai kerana watak kelakarnya. Kini Inspektor Daniel pula yang menjadi rebutan gadis-gadis.

korang suka yang mana??

1. Kalau bab-bab nak main-main memang makanan Inspektor Sani sebab dia memang kelakar. Tapi kalau Inspektor Daniel agak serius sikit. Tapi tu bukan memang watak seorang polis ke?

2. Kalau korang tengok mana lagi segak??? Inspektor Daniel lebih nampak segak berbaju uniform berbanding dengan Inspektor Sani. Mungkin Inspektor Daniel berbadan sado kot. Setuju tak?

3. Extra cool tentang Inspektor Daniel, dia bawak moto besar. Heee…

4. Kalau Inspektor Daniel lalu je, perghhh confirm gadis-gadis terkedu. Mana tak nye, dahlah hensem, segak, sado pulak tu. Inspektor Sani?? 50 50… #gurauje

5. Kalau tak boleh dapat Inspektor Daniel, boleh usha kat adik dia. Sebab dia ada adik laki. Kalau Inspektor Sani tak da. Haaaa… So suka yang mana??? Korang pilihlah sendiri ye!

Jangan lupa saksikan Drama My Darling Inspektor Daniel setiap Isnin hingga Khamis jam 9 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD.